Program KDB Bersama Anak Yatim Harmoni Kasih Kg. Paya Jaras
04 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniProgram ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatim Kasih Harmoni Kg. Paya Jaras. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau keduaduanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian . Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini. Program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.
Program KDB ini difokuskan kepada pelajar yang bertujuan untuk mendidik para pelajar tentang tanggungjawab mereka terhadap penggunaan internet. Mereka juga didedahkan dengan penggunaan teknologi internet yang betul dan berhemah. Selain itu juga, program yang diadakan ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar akan kewujudan Pusat Internet dan menarik minat mereka untuk mengunjunginya. Taklimat dan beberapa aktiviti berkaitan KDB diadakan oleh staf PI sendiri agar penyampaian berkenaan KDB dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Penggunaan teknologi juga didedahkan kepada pelajar bagi memberi pendedahan, pengetahuan, pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknologi komputer.
Antara aktiviti yang diadakan adalah latihan asas komputer iaitu pengenalan asas Microsoft Word menggunakan Netbook. Selain itu juga, taklimat KDB dan E-Waste juga didedahkan kepada peserta supaya dapat menyedarkan peserta supaya sentiasa berhati- hati dalam penggunaan internet. Pada sebelah petang pula, aktiviti Explorace Ict diadakn dan peserta dibahagikan kepapda beberapa kumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan dan memupuk sikap berkerjasama antara satu sama lain.
Program ini melibatkan 4 Buah PI iaitu PI Kg.Kubu Gajah, PI PA Desa Rejang, PI PPR Seri Semarak dan PI PPR Air Panas yang terdiri daripada 8 orang fasilitator. Program ini diadakan pada 4 Mac 2017 bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada 6.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: