Program Gotong Royong Bubur Lambuk

03 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2018 yang lalu, JKKK Kg. Kubu Gajah telah bekerjasama dengan Pusat Internet dan Kariah Masjid Kubu Gajah bagi menjayakan program Gotong Royong Bubur Lambuk yang bertempat di Masjid Jamiul Ehsan Kg.Kubu Gajah. Program ini disertai lebih daripada 50 orang komuniti Kg.kubu Gajah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menghasilkan masakan tradisi Ramadan iaitu Bubur Lambuk secara berjemaah selain mengukuhkan tali silaturrahim sesama pada masa yang sama.

Program ini bermula pada pukul 8 pagi untuk persiapan menyediakan bahan-bahan memasak bubur lambuk. Sekitar pukul 5 petang , bubur lambuk ini dibahagiakan kepada komuniti setempat. Dalam penghasilan bubur lambuk, pelbagai bahan basah dan kering disatukan untuk menghasilkan bubur yang enak. Begitu juga dalam pekerjaan, "rempah-ratus" kerjasama, persefahaman, idea dan kreativiti, kesepakatan perlu digembleng bersama demi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Semoga falsafah di sebalik bubur lambuk dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali