Program Karnival (Gaya Hidup Sihat) Khusus Untuk Wanita Dan Kanak-Kanak
11 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2018 yang lalu, Komuniti PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas, Pemadam, Pusat Internet dan pihak DBKL bagi menjayakan program Karnival (Gaya Hidup Sihat) khusus untuk kanak-kanak dan wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak persatuan, DBKL, PI dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini dapat memberi pengiktirafan kepada kaum wanita di semua peringkat atas sumbangan mereka kepada pembangunan Negara dan memberi rangsangan kepada kaum wanita supaya terus bergiat lebih aktif ke arah pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat dan Negara. Wanita dapat dijadikan inspirasi untuk berjaya dan bersaing dengan golongan lelaki pada hari ini. Antara program yang dijalankan adalah bagi acara Kanak-kanak ialah pertandingan melukis dan mewarna.
Acara untuk wanita ialah hiasan kek, pertandingan make-up, fashion show dan pertandingan memasak. Selain daripada itu, pelbagai acara-acara lain sepanjang program termasuk pelbagai pameran, pemeriksaan kesihatan serta Purple Walk. Pusat internet juga mengadakan pertandingan menaip untuk golongan dewasa , edaran risalah advokasi dan pameran e-sisa. Seramai 150 peserta telah mengikuti program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: