Gotong Royong Tanah Perkuburan Kg.Kubu Gajah

07 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

JKKK Kg.Kubu Gajah telah mengadakan program gotong royong tanah perkuburan Kg.Kubu Gajah. Program ini berlansung pada 6 Mei 2018 bermula pada pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. Seramai 100 orang terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk menjadikan kawasan Tanah Perkuburan Islam sebagai kawasan yang bersih dan indah sesuai dengan tema gotong royong iaitu Kebersihan Amalan Kehidupan.

Selain itu juga, program ini bertujuan untuk Melahirkan 1 kesatuan ummah berlandaskan semangat perpaduaan dan kerjasama. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan tanah kawasan perkuburan, mencabut rumput dan membersuhkan pusara, menanam pokok bunga dan sebagainya. Program ini berakhir dengan sedikit jamuan ringan yang tleha disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali