Karnival 3K (Kesihatan,Kebersihan dan Keceriaan)
18 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2018 JKKK Masjid Majiul Ehsan, Hospital KPJ, dan Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Internet telah bekerjasama menjalankan karnival 3K (Kesihatan,Kebersihan dan Keceriaan untuk komuniti Kg.Kubu Gajah dan penduduk sekitar. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti jualan amal, pameran jabatan penjara, bengkel ketrampilan wanita, jualan iks dan sebagainya. Pusat internet juga telah membuka gerai dengan mengadakan aktiviti seperti pertandingan menaip untuk golongan dewasa, check your label , edaran risalah advokasi, pameran e-sisa, cabutan bertuah dan sebagainya.
Seramai 200 peserta telah hadir di karnival ini. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Adun Paya Jaras iaitu Y.B. Tuan Mohd Khairuddin bin Othman. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan, PI, badan- badan kerajaan, NGO dengan masyarakat setempat. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada peniaga- peniaga kecil utnuk mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan internet yang betul dan menyedarkan tentang progam kitar semula gajet yang telah rosak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: