Kelas Asas Bahasa Inggeris Pelajar Sekolah Rendah
26 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Bahasa Inggeris ini adalah bertujuan untuk melatih peserta supaya mahir menguasai bahasa Inggeris. Selain itu juga, ia bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar ketika cuti sekolah. Selain itu juga, ia memudahkan peserta untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar dan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berbahasa Inggeris.
Kelas yang berlansung dewan Masjid Kg.Kubu Gajah, pada pukul 3 petang sehingga pukul 5 petang. Kelas ini dihadiri oleh seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada komuniti Kg.Kubu Gajah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti berkumpulan, latihan kendiri, perbincangan. Semoga kelas ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: