Hari Terbuka Dan Kesihatan PI Kubu Gajah

29 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Oktober 2018, PI Kubu Gajah telah bekerjasama dengan MPKK Kubu Gajah mengadakan Hari Terbuka Dan Hari Kesihatan 2018. Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pameran daripada pelbagai agensi kesihatan seperti klinik Annur, pejabat kesihatan Sg.Buloh, Klinik DR.Azhar dan sebagainya.

Hari terbuka dan Kesihatan ini telah dirasmikan oleh YB Adun Paya Jaras iaitu Mohd Khairuddin Othman. Seramai lebih 200 orang komuniti yang hadir memeriahkan hari terbuka ini. Antara aktivti yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak, booth jualan, pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali