Hari Terbuka PI Parlimen Setiawangsa
28 April 2018 | Aktiviti TerkiniHari Terbuka PI Parlimen Setiawangsa telah berlangsung pada 28 April 2018. Hari terbuka ini telah diadakan di PI PPR Kg. Baru Air Panas. Hari terbuka ini merupakan kerjasama antara 3 PI iaitu PI PA Desa Rejang dan PI PPR Seri Semarak. PI Kg.Kubu Gajah telah dijemput untuk menjadi sukerelawan pada hari tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia dengan masyarakat setempat.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet dan dengan adanya aktiviti ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet dengan masyarakat setempat. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan PI kepada usahawan dan juga bakal usahawan yang berminat untuk mendapatkan latihan keusahawanan. Ini akan dapat membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan warga setempat.
Antara aktiviti yang diadakan adalah taklimat E-Waste, KDB, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi kebakaran, pertandingan membuat poster ,kelas keusahwan dan cabutan bertuah.
Hari terbuka ini telah dirasmikan oleh wakil daripada Maxis iaitu Noorly Iza Amir Roslan. Seramai 250 orang komuniti yang datang berkunjung dan mengikuti hari terbuka yang diadakan ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: