Program Pencegahan Kebakaran
22 September 2018 | Aktiviti TerkiniSebuah Program Pencegahan Kebakaran telah dijalankan pada 21 September yang lalu. Program ini adalah program kerjasama antara PI Semenyih dan Persatuan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur. Seramai 24 orang peserta telah melibatkan diri yang mana terdiri daripada staf PI Maxis Wilayah Tengah dan komuniti setempat. Program ini dijalan di bilik latihan PI Semenyih bermula pada pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang.
Tujuan diadakan untuk melatih peserta agar peka dengan keselamatan ketika menghadapi kebakaran di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Latihan seperti ini dapat melatih petugas Pusat Internet tentang kaedah untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran di dalam bangunan. Selain itu, dapat memberi pengalaman langsung kepada petugas Pusat Internet untuk merasai bahayanya kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: