Sambutan Maulidur Rasul
1 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Kg.Kubu Gajah dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Kubu Gajah telah bekerjasama dalam menganjurkan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Jamiul Ehsan Kg.Kubu Gajah.
Sambutan ini dimulakan dengan perarakan daripada komuniti. Perarakan ini disertai dengan aktiviti selawat dan iringan bunga manga. Sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang diterima sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.
Antara pengisian lain sempena sambutan Maulidur Rasul adalah pertandingan mewarna, kuliah usrah bersama pelajar tahfiz dan taklimat advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: