Program Internet?? Use it Right!! Bersama pelajar-pelajar di Uitm Shah Alam (Video kreatif tema “Sebenarnya.my”)
8 September 2018 | Aktiviti TerkiniProgram Program Internet?? Use it Right telah diadakan pada pada 6 dan 7 September 2018 di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Program ini berlansung selama 2 hari telah berjaya menarik seramai 60 orang pelajar UiTM untuk menyertainya. Program telah dijalankan bermula pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Setiap sesi program mengambil masa selama 3 jam bersama 20 orang pelajar.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet di Wilayah Tengah dengan pelajar institusi pengajian tinggi UITM Shah Alam. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet serta fungsinya kepada pelajar UITM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: