PROGRAM PEMBANGUNAN LATIHAN USAHAWAN BERSAMA UMK
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 hingga 23 September yang lepas telah diadakan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi oleh Universiti Kelantan Malaysia (UMK) kepada semua petugas Pusat Internet Urban Poor bertempat di Hotel Sani, Kuala Lumpur. Program telah berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Modul latihan pada kali ini adalah “Perancangan Strategik – Business Model Canvas”.
Program ini bertujuan membantu Staff PI untuk lebih cenderung kearah usahawan dan mempertingkatkan ilmu untuk membantu komuniti setempat dalam menjalankan kelas di Pusat Internet masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: