Sambutan Hari Raya PI Kubu Gajah

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg.Kubu Gajah telah mengadakan Sambutan Hari Raya pada 22 Jun 2019. Sambutan ini merupakan kerjasama daripada MPKK Kg. Kubu Gajah dengan Masjid Jamiul Ehsan. Ia diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada komuniti setempat. Selain itu juga, hari terbuka ini dapat mengeratkan hubungan antara staf PI dengan komuniti setempat.

Pelbaagai menu telah disediakan seperti Nasi Beriani, lemang, rendang, satay, bubur dan sebagainya. Pembahagian duit raya disediakan kepada kanak-kanak yang berumur 15 tahun kebawah. Hari terbuka ini telah dihadiri oleh oleh ahli parlimen Sg.Buloh iaitu Yang Berhormat Sivarasa Rasiah dan ahli Adun Sg.Buloh iaitu YB Mohd Khairuddin bin Othman. Sambutan ini telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih daridapa 300 ratus orang komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali