Program Internet?? Use it Right!! Sempena Minggu ICT Sek.Agama Men. Paya Jaras, Sg.buloh

18 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Program Program Internet?? Use it Right telah diadakan pada pada 17 Julai 2019 di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sg.Buloh. Program ini berlansung selama 1 hari telah berjaya menarik seramai lebih 300 orang pelajar untuk menyertainya. Program telah dijalankan bermula pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Antara aktiviti yang diadakan adalah pameran 3d printer, kuiz KDB, taklimat advokasi, Kuiz typing dan sebagainya.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet Wilayah Tengah (Selangor) bersama warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan Pusat Internet serta fungsinya kepada warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali