Kursus Keusahawanan-Terokai Dunia Perniagaan Digital

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas keusahahawanan digital ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kesusahawanan digital secara percuma kepada usahawan mikro. Melalui kelas keusahawanan ini, peserta diajar berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam perniagaan seperti Facebook, Instagram, dan Whatapps.

Selain itu juga peserta didedahkan kepada teknik membina ayat copywriting, ayat jualan dan google trend. Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai kelas ini. Kelas ini diadakan pada 17 ogos 2019 bermula pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali