Solat Jumaat Dan Jamuan Rakyat Daerah Petaling
11 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniDato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Amirudin Bin Shari menunaikan solat bersama-sama lebih 500 orang jemaah di Masjid Jamiul Ehsan Kg.Kubu Gajah pada 11 Januari 2019.
Dato’ Seri Tuan Amirudin Bin Shari tiba di masjid kira-kira 1.15 tengah hari sebagai rangka kerja lawatan rasminya ke daerah ini sempena Solat Jumaat Dan Jamuan Rakyat Daerah Petaling bersama Dato’ Menteri Besar.
Dalam kesempatan itu, Dato’ Menteri Besar turut mengambil peluang beramah mesra dan mendekati masyarakat di sini dengan bersalaman bersama hadirin yang hadir dan menyampai bantuan kepada beberapa buah masjid dan sekolah agama yang terpilih
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: