Kursus Keusahawanan Bengkel Bina Free Website Perniagaan

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas keusahahawanan Bengkel Bina Free Website Perniagaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan keusahawanan secara percuma kepada usahawan. Melalui kursus keusahawanan ini, peserta diajar berkaitan dengan cara merekabentuk website perniagaan. Dengan adanya website perniagaan ini, peserta dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas lagi. Seramai 30 orang peserta yang telah menyertai kursus ini. Kursus ini diadakan pada 11 Januari 2020 bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali