Kempen Kebebasan Berusara Bukan Kebebasan Berbohong

25 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

MCMC sedang giat menjalankan kempen 'Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong'. Akhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan. Objektif Kempen ini adalah mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat. Mesej utama kempen ini adalah jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali