Kursus Asas Keusahawanan Bersama PERHEBAT

29 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas keusahahawanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan keusahawanan secara percuma kepada bekas tentera yang ingin memulakan perniagaan setelah tamat tempoh perkhidmatan. Melalui kursus keusahawanan ini, peserta diajar berkaitan dengan cara merekabentuk FB Page, Whatapps perniagaan, Telegram, FB Ads, rekabentuk flyers, dan sebagainya. Dengan adanya mengikuti kursus ini, peserta dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih meluas lagi. Kursus ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 27 Julai 2020 sehingga 28 Julai 2020. Seramai 7 peserta telah mengikuti kursus ini dan dibahagikan mengikut kumpulan bagi setiap sesi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali