Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020 (Sembang Santai)

22 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Tujuan program Sembang Santai MIV Bersama Komuniti 2020 ini dilaksanakan adalah untuk membincangkan sebarang isu-isu berkaitan yang timbul sepanjang aktiviti sukarelawan dilaksanakan di komuniti masing-masing. Format program ini adalah secara tidak formal dan sukarelawan boleh mengajukan soalan secara terus kepada secretariat MIV.

Sekurang-kurangnya seorang (1 orang) bagi setiap kumpulan sukarelawan diwajibkan untuk menyertai program ini. Ini adalah bertujuan bagi membolehkan pihak sekretariat MIV mendalami sebarang permasalahan yang timbul. Seramai 22 ahli pusat internet negeri tengah menyertai kelas ini. Kursus ini diadakan pada 21 oktober 2020 bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali