Kursus Latihan Pengendali Makanan

28 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kursus Pengendalian Makanan ini memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan pengendali makanan selamat. Kebersihan dan keselamatan makanan juga ditekankan sepanjang latihan berlangsung. Kursus ini sesuai untuk semua kategori pengendali makanan terutama yang berkaitan penghasilan makanan, perkhidmatan makanan / hospitality dan industri makanan F & B. Selain itu, latihan ini disarankan kepada mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan industri makanan. Ianya juga bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman berkaitan asas kebersihan makanan dan mengelak daripada jangkitan wabak makanan berbahaya. Seramai 8 orang peserta yang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pengusaha makanan. Kursus ini bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali