Waktu Operasi Pusat Internet Komuniti Kg Kubu Gajah

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Disebabkan kes Covid-19 yang semakin meningkat, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri di semenanjung Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilaksanakan selama dua bulan dan akan disambung lagi di beberapa tempat sehingga 14 Februari 2021. Oleh yang demikian, segala aktiviti pembelajaran untuk pelajar sekolah mahupun pelajar universiti telah dilaksanakan secara atas talian.

Namun yang demikian, tidak ramai pelajar ataupun rakyat Malaysia yang mempunyai akses internet yang baik. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akan melaksanakan satu inisiatif bagi membantu golongan B40, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan pelajar universiti awam dan swasta. Inisiatif ini adalah dengan melanjutkan waktu operasi bagi Pusat Internet Komuniti (PIK) di sekitar Malaysia.

Suhubungan dengan itu, Pusat Internet Komuniti Kg Kubu Gajah akan dibuka mulai 8 Januari 2021 dan waktu operasi dilanjutkan seperti berikut:-

Diharap inisiatif ini dapat membantu ramai komuniti di sekitar Kg. Kubu Gajah yang mempunyai masalah akses internet. Pelawat diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan ketat. Segala arahan yang diberikan oleh staf Pusat Internet Komuniti Kg. Kubu Gajah hendaklah dipatuhi. Segala maklumat lanjut boleh berhubung dengan pengurus atau penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Kg. Kubu Gajah.

Kembali Ke Atas

kembali