SUNATON (Berkhatan Perdana) dan Taklimat KDB
28 November 2016 | Aktiviti TerkiniDalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Kubu Gajah dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Kubu Gajah telah bekerjasama bekerjasama dalam menganjurkan Program Khatan Perdana (SUNATON) yang diadakan di Masjid Jamiul Ehsan Kg.Kubu Gajah.
Berkhatan atau bersunat merupakan perkara yang disyariatkan di dalam Islam.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhatan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut (mencukur) bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Menurut Imam Syafie hukum berkhatan adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan. Atas kesedaran kewajipan berkhatan khususnya kepada kanak-kanak lelaki, JKKK Kg.Kubu Gajah mengambil inisiatif menganjurkan Program Sunathon bagi membantu anak-anak ahli kariah menyempurnakan kewajipan ini. Seramai 20 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun mengambil peluang untuk bersunat secara beramai-ramai.
Objektif utama program ini adalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dan membentuk keperibadian yang mulia di kalangan peserta melalui pembersihan fizikal dan rohani seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhamad S.A.W. Selain itu usaha untuk meningkatkan hubungan ukhwah dan silaturrahim antara masyarakat dapat dipupuk.dan dapat menghilangkan rasa takut bagi anak-anak untuk berkhatan secara berseorangan.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah peserta diarak dengan paluan kompang dan bunga manga di perkarangan masjid. Selain itu juga majlis selawat dan semburan air juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis. Sebelum majlis bermula, peserta diberikan cenderahati sebagai penghargaan menyertai program SUNATON ini.
Diharapkan majlis ini akan diadakan berterusan dan menjadi acara tahunan bagi komuniti Kg.Kubu Gajah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: