SUNATON (Berkhatan Perdana) dan Taklimat KDB
1 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniDalam usaha mendekatkan diri dengan masyarakat, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Kubu Gajah dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg.Kubu Gajah telah bekerjasama bekerjasama dalam menganjurkan Program Khatan Perdana (SUNATON) yang diadakan di Masjid Jamiul Ehsan Kg.Kubu Gajah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Paya Jaras iaitu YB Khairudin Bin Othman.
Berkhatan atau bersunat merupakan perkara yang disyariatkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhatan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut (mencukur) bulu ketiak dan menipiskan misai”. Atas kesedaran kewajipan berkhatan khususnya kepada kanak-kanak lelaki, JKKK Kg.Kubu Gajah mengambil inisiatif menganjurkan Program Sunathon bagi membantu anak-anak ahli kariah menyempurnakan kewajipan ini. Seramai 30 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun mengambil peluang untuk bersunat secara beramai-ramai.
Objektif utama program ini adalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dan membentuk keperibadian yang mulia di kalangan peserta melalui pembersihan fizikal dan rohani seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhamad S.A.W. Selain itu usaha untuk meningkatkan hubungan ukhwah dan silaturrahim antara masyarakat dapat dipupuk.dan dapat menghilangkan rasa takut bagi anak-anak untuk berkhatan secara berseorangan.
Antara aktiviti yang telah diadakan ialah peserta diarak dengan paluan kompang dan bunga manga di perkarangan masjid. Peserta jiga dimandikan dengan air menggunakan pili bomba. Sebelum majlis bermula, peserta diberikan cenderahati sebagai penghargaan menyertai program SUNATON ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: