Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak atau nama ringkasnya SK Merbau Sempak, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di kampung Merbau Sempak. Murid-muridnya terdiri dari penduduk sekitar Kg Merbau Sempak, Kg Kubu Gajah, Kg Paya Jaras dan Desa Moccis.
Pada 2014, Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak memiliki 949 pelajar lelaki dan 946 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1895 orang. Ia mempunyai seramai 98 orang guru
Tadika Kemas Seri Bistari
Antara tujuan penubuhan tadika ini adalah bagi memastikan pelajar Tadika kemas seri bistari dapat mengenal huruf dan angka dalam tempoh 6 bulan pembelajaran. Selain itu, kanak-kanak ini terdiri daripada umur 4 tahun dan 5 tahun. Mereka diberi asas dan persediaan yang lengkap sebelum memasuki keadalam alam persekolahan.