Open Booth Program Pemerkasaan Usahawan Wanita

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Program pemerkasaan usahawan wanita telah diadakan pada 11 Januari 2020 bertempat di Pusat Komuniti Desa Paya Jaras, Selangor. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan setempat terutamanya usahawan wanita dalam menjana pendapatan mereka sekaligus dapat membantu ekonomi rumah tangga. Antara aktiviti diadakan seperti bengkel membuat website secara percuma, bengkel kertas kerja, bengkel pemasaran digital, dan sebagainya. Turut disediakan tapak berniaga secara percuma kepada mereka yang ingin mencari sumber pendapatan sampingan.

Antara objektif program ini adalah Memperkenalkan nama Pusat Internet secara lebih meluas dan mengeratkan silaturrahim antara kakitangan Pusat Internet. Selain itu juga, ia memberikan kesedaran kepada komuniti tentang kempen-kempen yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan memberi peluang kepada usahawan untuk mempelajari teknik-teknik usahawan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali