Kesedaran Tentang Alzheimer

14 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti Kampung Kubu Gajah telah memuatnaik sebuah video yang berjudul kesedaran tentang Alzheimer pada hari Sabtu bertarikh 13 November 2021. Tujuan video ini dimuatnaik ialah untuk memberi kesedaran kepada individu lain tentang penyakit Alzheimer yang dihidapi oleh kebanyakan warga emas. Alzheimer mungkin sukar diubati tetapi mengetahui tentang apa itu Alzheimer dapat membantu orang lain untuk memahami kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang mengalami Alzheimer dan juga orang yang mempunyai ahli keluarga Alzheimer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali