Video Tutorial Facebook Marketplace

20 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lepas, bertarikh 19 September 2021 Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Kubu Gajah telah memuatnaik sebuah video ke laman Facebook Page PIK Kg. Kubu Gajah tentang tutorial Facebook Marketplace.

Penerangan tentang cara-cara untuk menggunakan Facebook Marketplace disampaikan dengan terperinci menggunakan penerangan scara bergambar dan juga bertulis melalui video yang telah dimuatnaik. Dengan adanya Facebook Marketplace, para usahawan dapat memasarkan produk ataupun servis mereka secara meluas kepada komuniti lain.

Oleh itu, PIK Kg. Kubu Gajah telah mengambil inisiatif untuk merakamkan video tutorial tentang Facebook Marketplace supaya dapat ditonton dan dimanfaatkan oleh usahawan lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali