Kursus Taklimat Pembanci (MySTEP21)

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kursus pembanci ini memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan untuk para pembanci.

Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data banci yang terkini dan komprehensif akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan Negara

Seramai 7 orang peserta yang telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada para pembanci. Kursus ini bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali