Kursus Pemantapan ICT bersama Guru Kafa

22 November 2021 | Aktiviti Terkini

Dengan kerjasama guru-guru kafa dari Sekolah Agama Jamiul Ehsan Kubu Gajah dan pihak PEDi Kg. Kubu Gajah, kursus pemantapan ICT telah pun dilaksanakan. Kursus ini dianjurkan pada 20 dan 21 November 2021 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Tujuan kursus ini ialah untuk mengajar para guru tentang cara-cara untuk menggunakan aplikasi Google Classroom, Google Meet, Google Forms dan Microsoft Powerpoint. Setiap guru diberikan pendedahan secara praktikal oleh tenaga pengajar supaya para guru dapat memahami cara untuk menggunakan aplikasi Google dan Microsoft dengan baik. Selain itu, para guru juga diberikan modul untuk menggunakan aplikasi ini sebagai bahan rujukan. Akhir sekali, kursus ini dihadiri oleh 13 orang guru kafa dan setiap guru menerima sijil dari pihak PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali