Video Tentang Lawak Rogol

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat yang lepas, bertarik 22 Oktober yang lepas, Pusat Internet Komuniti Kampung Kubu Gajah telah memuatnaik sebuah video tentang lawak rogol atau boleh juga dipanggil sebagai lawak lucah. Tujuannya ialah untuk mendidik masyarakat supaya bersifat sensitif terhadap lawak rogol. Ini kerana lawak rogol boleh membawa kepada mudarat antaranya ialah serangan seksual seperti pencabulan dan jenayah rogol.

Oleh itu, video ini juga bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya tidak mentertawakan lawak rogol kerana lawak rogol boleh menyebabkan ramai orang terutamanya wanita untuk berasa tidak selesa. Budaya lawak rogol juga perlu dihentikan kerana budaya ini juga ditegah oleh mana-mana ajaran agama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali