Video Tentang Keganasan Rumahtangga

9 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober yang lepas, Pusat Internet Komuniti Kampung Kubu Gajah telah memuatnaik sebuah video untuk berkongsi tentang keganasan rumah tangga. Di dalam video tersebut, tenaga pengajar menerangkan tentang maksud keganasan rumah tangga serta contoh-contoh keganasan yang sering berlaku sama ada dalam perkahwinan, pertunangan mahupun perhubungan antara teman lelaki dan wanita.

Tenaga pengajar juga menekankan bahawan keganasan rumahtangga boleh berlaku terhadap mana-mana individu tanpa mengira latarbelakang sosioekonomi, bangsa, agama, dan jantina seseorang individu tersebut. Selain itu, tenaga pengajar juga menerangkan bahawa keganasan rumahtangga bukan sahaja berlaku dalam bentuk penderaan secara fizikal. Tetapi, ianya juga berlaku dalam bentuk penderaan emosi dan psikologi yang boleh menyebabkan seseorang itu untuk mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan atau depresi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali