Video Tentang Tanda-Tanda Keganasan Rumahtangga

14 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

13 Oktober yang lepas, Pusat Internet Komuniti Kampung Kubu Gajah telah menyampaikan maklumat tentang tanda-tanda keganasan rumahtangga melalui video. Melalui video tersebut, tenaga pengajar menerangkan bahawa keganasan rumahtangga melibatkan sebarang paksaan yang dilakukan oleh pendera terhadap pasangannya. Secara umumnya, paksaan tersebut berlaku kerana pendera tidak mendapatkan persetujuan dari pasangannya.

Selain itu, tenaga pengajar juga menerangkan bahawa keganasan rumatangga boleh dikenal pasti apabila kita bertanyakan soalan berikut kepada diri kita sendiri. Contohnya, “Pernahkah pasangan anda menyalahkan anda kerana perasaan atau tindakan mereka”. Diharap perkongsian tersebut dapat memanfaatkan semua golongan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda keganasan rumahtangga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali