Video Tentang Jenis-Jenis Keganasan Rumahtangga

10 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Oktober yang lepas iaitu hari Sabtu, Pusat Internet Komuniti Kampung Kubu Gajah telah memuatnaik sebuah video yang berkisarkan tentang jenis-jenis keganasan rumah tangga. Terdapat 8 jenis keganasan rumahtangga yang sering berlaku dari segi penderaan emosi, mental, fizikal dan juga psikologi. Tujuan video ini dimuatnaik adalah untuk menyebarkan kepada komuniti tentang cara- cara untuk mengenal pasti keganasan rumahtangga.

Sesetengah orang menganggap bahawa penderaan yang sering berlaku merupakan perkara biasa yang mereka harus hadapi apabila mereka membuat kesalahan. Oleh itu, video dimuatnaik supaya masyarakat dapat mengenal pasti jenis-jenis penderaan yang sering berlaku di dalam sesebuah rumahtangga. Antaranya, mengabaikan keperluan keluarga, menghina pasangan, dan mengongkong aktiviti harian pasangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali