Kelas Asas ICT – Pengenalan Kepada Microsoft Word

21 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat yang lalu, PEDi Kg. Kubu Gajah telah berkerjasama dengan Ma’ahad Tahfiz dari Gajah 6 untuk mengadakan program ICT iaitu Kelas Asas ICT – Pengenalan Kepada Microsoft Word. Program ini telah berlangsung selama dua jam dan melibatkan seramai 10 orang pelajar perempuan daripada pusat tahfiz tersebut. Tenaga pengajar bagi program ini merupakan wakil dari PEDi sendiri iaitu Puan Mazni Idris.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran penggunaan komputer seterusnya dapat memenuhi keperluan asas mengikut pengedaran semasa. Antara intipati – intipati yang terdapat sepanjang program ini berlangsung adalah seperti penerangan terhadap Microsoft Word, cara menggunakan tools yang terdapat didalam perisian tersebut, latihan menaip dan sebagainya. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perisian ini malah meningkatkan kefahaman pelajar tentang cara menggunakan Microsoft Word dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali