Idea Inspirasi Canva

14 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Kg Kubu Gajah telah memuatnaik sebuah video tentang Idea Inspirasi Canva. Secara spesifik, Idea Inspirasi ini adalah untuk mengajarkan kepada komuniti tentang cara mendapatkan idea bagi mereka poster. Tenaga pengajar juga menerangkan tentang cara untuk mendapatkan idea dengan menggunakan aplikasi Canva color palette generator dan colorpick eyedropper. Kedua-dua aplikasi dapat memudahkan komuniti untuk menggunakan kombinasi warna yang sesuai untuk tujuan mereka poster, video, gambar, dan lain-lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali