Webinar Skim Pembiayaan BSN – Semarak Niaga

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari ini, PEDi Kg. Kubu Gajah bersama dengan rakan PEDi yang lain telah menyertai sebuah webinar yang dianjurkan oleh Bank Simpanan Nasional iaitu Webinar Skim Pembiayaan BSN – Semarak Niaga. Program yang dijalankan atas talian ini telah berlangsung selama dua jam bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk menerangkan mengenai skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN serta tatacara permohonan atas talian.

Skim Pembiayaan BSN – Semarak Niaga merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu para usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam. Program Semarak Niaga (atau SemarakNiaga) merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti. Skim pembiayaan ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali