Lawatan Kerja ke PEDi Bagi Potensi Penyediaan Perkhidmatan PUDO (Rangkaian PAKEJ) oleh pihak Parcelhub

26 April 2022 | Aktiviti Terkini

PUDO iaitu ‘Pick Up Drop Off’ merupakan kemudahan pusat sehenti untuk perkhidmatan kurier. Ia menyediakan akses capaian yang meluas bagi memudahkan urusan penjual dan pembeli dalam menguruskan penghantaran dan pengambilan bungkusan.

Selain itu, ia merupakan titik serahan setempat PUDO di bawah inisiatif PUDO@PEDi untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar. Dengan Wujudnya PUDO ini akan mewujudkan satu peluang ekonomi kepada kedai-kedai runcit untuk menyertai rangkaian titik serahan setempat PUDO.

Dalam pada itu, khidmat penghantaran ke bangunan tinggi adalah mencabar. Justeru, tindakan untuk menawarkan lebih banyak titik serahan setempat melalui PUDO adalah berkesan untuk meningkatkan khidmat penghantaran.

PEDi Kg.Kubu Gajah dipilih untuk sesi lawatan bagi melihat kesesuaian tempat sebelum PUDO diadakan. Wakil daripada MCMC, Parcelhub, Maxis dan Nera mengikuti sesi lawatan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali