Program e – Usahawan Bersama GIATMARA Kepong

8 April 2022 | Aktiviti Terkini

Program e-Usahawan ini merupakan program kolabarasi antara GIATMARA Kepong bersama dengan PEDi PPR Intan Baiduri dan PEDi Kg.Kubu Gajah. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 April 2022 telah diadakan di PEDi PPR Intan Baiduri yang melibatkan seramai 28 orang peserta daripada GIATMARA Kepong. Tenaga pengajar terdiri daripada Hasina Syafikah dan Mazni Idris iaitu wakil daripada PEDi.

Antara intipati – intipati yang terdapat dalam program ini adalah seperti pembangunan profil syarikat, mencipta logo syarikat, kad perniagaan, kaedah meningkatkan jualan atas talian dan pemasaran efektif melalui email. Peserta juga didedahkan cara membuat resume menggunakan Templete Slidesmania. Progam ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para peserta mengenai keusahawanan malah melatih peserta – peserta yang hadir dalam bidang kemahiran dan keusahawan digital. Selain itu juga ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya bersedia untuk mencari kerja dengan menyediakan resume yang terbaik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali