Program Kitar – Peranti Lama Nafas Baru

26 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah bekerjasama dengan Nera Malaysia Sdn Bhd dalam satu Program Kitar – Peranti Lama Nafas Baru iaitu program kitar semula barangan elektronik yang dijalankan di PEDi Kg Kubu Gajah selama 2 minggu. Tujuan utama program ini diadakan sebagai langkah untuk menjaga alam sekitar daripada sebarang pencemaran bahan kimia beracun seperti merkuri, plumbum dan kadmium yang terkandung dalam aliran e-waste. Selain daripada itu, komponen-komponen lama yang masih elok daripada perkakas elektronik tersebut dapat digunakan untuk membuat produk baru. Peluang pekerjaan juga dapat ditawarkan kepada masyarakat dengan adanya satu sisi kesedaran baru dalam masyarakat tentang kepentingan mengitar semula barangan elektronik. Jika terdapat banyak pusat kitar semula e-waste, tanah-tanah kosong yang dapat diselamatkan daripada dijadikan tapak pembuangan sampah. Hal ini sekaligus dapat menjadikan negara kita negara yang bersih daripada sampah sarap yang terbuang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali